Angka korban akibat nahas bas yang berlaku baru-baru ini di wilayah Ilam, barat Iran, meningkat kepada 13 orang pada Isnin selepas seorang daripada mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA.
Kejadian itu berlaku pada Sabtu jam 7:25 malam waktu tempatan (1555 GMT) apabila sebuah bas yang membawa pekerja sebuah syarikat penapisan gas dan cecair gas asli, berpangkalan di daerah Dehloran, terbalik di jalan raya dari Dasht-e Abbas di Dehloran menuju ke Murmuri di daerah Abdanan, menurut media Iran — lapor Xinhua.
Bas terbabit membawa kira-kira 30 pekerja syarikat berkenaan ketika kejadian berlaku.
