17 maut dalam dua kejadian tembakan di Afrika Selatan

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam dua kejadian tembakan beramai-ramai berasingan di Afrika Selatan pada malam Ahad, kata polis pada Isnin — lapor berita Xinhua.

Sembilan orang, membabitkan enam lelaki dan tiga wanita, mati ditembak di dalam sebuah pondok di kawasan penempatan tidak rasmi Jeffsville di Atteridgeville, barat Pretoria. Polis berkata, identiti suspek dan motif serangan belum diketahui.

Dalam satu kejadian berasingan pada malam yang sama, lapan lelaki mati ditembak di dalam sebuah kenderaan dalam satu insiden tembakan beramai-ramai di pekan Sweetwaters, wilayah KwaZulu-Natal.

Polis memulakan siasatan terhadap kedua-dua kejadian terbabit dan sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa-mangsa terbabit.

qloxs

setiap detik ada cerita

2026