Tiga orang maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membawa pelancong ke Tasik Rara yang terkenal mengalami kemalangan di daerah Mugu, barat Nepal, pada Ahad, lapor berita Xinhua memetik polis.
Kenderaan dengan lima individu termasuk pemandu itu terbabas dari jalan raya pada kira-kira 4 petang waktu tempatan, mengakibatkan kemalangan maut, menurut polis seperti dilaporkan Xinhua.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” kata Padam Bahadur Khatri, jurucakap pejabat polis daerah itu, kepada Xinhua.
