Sekurang-kurangnya dua orang cedera dan beberapa yang lain ditahan selepas polis menghalang penunjuk perasaan yang cuba menghampiri lokasi sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di ibu negara Filipina, Manila, pada Ahad, menurut berita Anadolu memetik laporan media tempatan.
Polis Nasional Filipina (PNP) berkata, sekurang-kurangnya lima orang ditahan selepas penunjuk perasaan enggan meninggalkan kawasan dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina, tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN ke-49 — Anadolu memetik Manila Times.
