Turkiye pada Jumaat menyampaikan ucapan takziah berhubung satu kemalangan maut membabitkan pelbagai kenderaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan rakyat negara itu, lapor berita Anadolu.
Menurut Anadolu, Kementerian Luar Negeri Turkiye dalam satu kenyataan bertulis berkata, ia berasa sangat dukacita atas kehilangan nyawa dalam kemalangan yang berlaku pada Khamis di emiriah Fujairah itu.
“Kami memohon agar Allah mencurahkan rahmat-Nya ke atas mereka yang terkorban dalam kemalangan ini, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta rakyat Emiriah Arab Bersatu, dan mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh,” kata kenyataan itu, lapor Anadolu.
Kementerian Dalam Negeri UAE dilapor berkata 14 orang terkorban manakala 30 yang lain cedera dalam nahas membabitkan 23 buah kenderaan itu.
