3 individu digelar ‘pengganas’ maut dalam serangan udara di utara Iraq

Pihak berkuasa keselamatan Iraq berkata pasukan mereka membunuh tiga ‘pengganas’ dalam satu serangan udara di wilayah Kirkuk, utara Iraq, malam Jumaat, dan menahan seorang lagi — menurut berita Xinhua.

Sel Media Keselamatan yang bernaung di bawah Perintah Operasi Bersama Iraq berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan itu dilancarkan pada 8 malam waktu tempatan (1700 GMT) berdasarkan maklumat perisikan, lapor Xinhua, serangan itu mengorbankan tiga individu, manakala seorang lagi yang membawa mereka telah ditahan.

Menurut Xinhua, seorang pegawai tentera Iraq memberitahunya, keempat-empat individu terbabit adalah anggota sel Islamic State (IS) yang cuba menyusup masuk ke kawasan berkenaan.

qloxs

setiap detik ada cerita

2026