4 maut selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan di Manipur, India

Sekurang-kurangnya empat orang terkorban pada Jumaat selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah kenderaan di negeri Manipur, timur laut India, lapor berita Xinhua memetik polis.

Kenderaan-kenderaan terbabit diserang hendap di Lebuh Raya Nasional 202 dekat New Haven di daerah Ukhrul, kira-kira 82 km ke timur laut Imphal, ibu negeri Manipur.

Menurut polis, mangsa dikenal pasti sebagai orang awam Naga, dalam perjalanan menuju ke Imphal dengan menaiki dua kenderaan.

qloxs

setiap detik ada cerita

2026