Seorang bayi Palestin berusia 9 bulan meninggal dunia akibat kesejukan melampau di Jalur Gaza, menandakan kematian pertama berkaitan sejuk direkodkan di enklaf itu sepanjang musim sejuk ini, kata kementerian kesihatan pada Jumaat — menurut berita Anadolu.
Menurut Anadolu, kementerian itu dalam satu kenyataan disiarkan oleh Pejabat Media Gaza, mengenal pasti bayi (lelaki) terbabit sebagai Kinan Ahmed Arqiq, mengatakan dia meninggal dunia selepas mengalami penurunan suhu badan mendadak.
Menurut kementerian itu, bayi terbabit dipindahkan dari Hospital Kuwait ke Kompleks Perubatan Nasser pada Khamis, di mana dia tiba sudah meninggal.
Pemeriksaan forensik mengesahkan punca kematian adalah hipotermia teruk.
Kementerian itu berkaya, 10 orang meninggal dunia akibat pendedahan kepada cuaca sejuk di Gaza sepanjang musim sejuk 2025.
