Seorang kanak-kanak maut, ibunya cedera dalam serangan dron ke atas kereta di Belgorod

Sebuah dron Ukraine menyerang sebuah kereta di wilayah Belgorod, menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dan ibunya cedera, kata gabenor Alexander Shuvayev menerusi aplikasi pemesejan Max, menurut berita Tass disiarkan di laman webnya pada Khamis.

“Di kawasan penempatan Komsomolsky di wilayah Belgorod, sebuah dron telah menyerang sebuah kereta. Perkara paling buruk telah berlaku—seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya. Ibu kanak-kanak itu pula mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena serpihan letupan…,” dia dilapor menulis.

qloxs

setiap detik ada cerita

2026