Remaja Australia ditemui hidup selepas 6 hari dalam belukar

Seorang remaja lelaki Australia yang hilang selama enam hari di kawasan belukar tebal ditemui dalam keadaan hidup pada Khamis, lapor berita Anadolu memetik laporan media.

William, 17 tahun, dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ketika menyertai perkhemahan bersama seorang rakan di kawasan belukar kira-kira 180 kilometer (112 batu) di timur Melbourne, Victoria, lapor Australian Broadcasting Corporation — menurut Anadolu.

Dia ditemui pada awal Khamis dan dipertemukan semula dengan keluarganya, susulan operasi pencarian intensif membabitkan anjing pengesan polis, penyelam dan helikopter.

Sebuah helikopter polis menemui remaja terbabit sedang tidur di dasar sungai yang kering.

Remaja terbabit bertahan selama enam hari dengan menggunakan dua helai tuala sebagai selimut bagi menghadapi suhu malam yang sangat sejuk serta mencatu bekalan kerepek ayam bersaiz keluarga dibawanya.

qloxs

setiap detik ada cerita

2026