Mesir pada Khamis, mengutuk serangan udara Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Jalur Gaza, yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin dan mencederakan lebih 20 yang lain, termasuk kanak-kanak dan petugas perubatan — menurut berita Xinhua.
Kementerian Luar Negeri Mesir dalam kenyataan dilapor berkata, serangan itu pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta menjejaskan usaha untuk mengekalkan gencatan senjata dan memperbaiki keadaan kemanusiaan di Gaza.
Mesir menyeru agar semua pelanggaran gencatan senjata oleh Israel dihentikan serta-merta dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan gencatan senjata itu serta mencegah serangan lanjut, demi membuka jalan bagi pelan damai dan memulihkan kestabilan di Gaza — lapor Xinhua.
Kompleks Perubatan Nasser dikatakan hospital kedua terbesar di Jalur Gaza.
