Orang menghidap diabetes jenis 2 mempunyai risiko relatif selepas pelarasan 53 peratus lebih tinggi untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding mereka yang tidak menghidapi keadaan itu, menurut tinjauan diketuai oleh penyelidik Australia.
Para penyelidik menjalankan tinjauan sistematik dan meta-analisis terhadap 40 kajian, mendapati bahawa secara purata, dianggarkan 4.7 daripada setiap 1,000 orang yang menghidap diabetes jenis 2 akan mendapat penyakit Alzheimer dalam tempoh setahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis oleh Curtin University, Australia — lapor Xinhua.
Tinjauan ini memberi tumpuan khusus kepada diabetes jenis 2 dan penyakit Alzheimer, dengan mengukur risiko relatif dan kadar kejadian kes baharu dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2, kata penulis kajian, Emmanuel Adewuyi, dari Curtin School of Population Health.
Tinjauan yang diterbitkan dalam jurnal Alzheimer’s Research & Therapy ini memberikan gambaran lebih jelas mengenai beban penyakit itu dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2, kata Adewuyi.
