Dua kanak-kanak dan seorang dewasa maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di timur Moscow, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita TASS pada Khamis.
“Kebakaran berlaku di sebuah unit pangsapuri di tingkat dua sebuah bangunan kediaman di Jalan Altayskaya. Dua kanak-kanak dan seorang dewasa maut akibat kejadian itu. Identiti mangsa sedang dikenal pasti,” satu sumber dipetik TASS — menurut Xinhua.
